Jika kita seorang Muslim dan mengakui bahawasanya kita mencintai Allah, sudah semestinya kita perlu mencintai segala sesuatu yg dicintai oleh Allah, serta membenci dan menjauhi segala sesuatu yg dibenci oleh Allah.Salah satu perkara yg dibenci oleh Allah adalah menguap.Seperti yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda,

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap.Maka apabila bersin, hendaklah ia memuji Allah(dengan mengucapkan Alhamdullillah).Dan ia merupakan bagi setiap Muslim yg mendengarnya untuk mendoakannya.Adapun menguap, maka ia berasal dari syaitan.Hendaklah setiap Muslim berusaha untuk menahannya semampu mungkin, dan apabila mengeluarkan suara ‘ha’ , maka saat itu syaitan mentertawakannya.” (HR Bukhari)

Allah membenci menguap kerana ia merupakan aktiviti yg mendorong seseorang itu makan berlebihan, dan akhirnya membawa kepada kemalasan untuk beribadah.Menguap adalah perbuatan yg dibenci oleh Allah lebih2 lg ketika sedang meninaikan solat. Contohilah para Nabi kerana mereka tidak pernah menguap.

Tahanlah Semampu
Jika seseorang itu ingin menguap, maka hendaklah dia menahannya semammpu mungkin, atau menutup mulut dengan mnggunakan tangan. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Menguap adalah dari syaitan, jika salah seorang antara kalian menguap, hendaklah ia menahannya sebaik mungkin.”
 (HR Muslim)

Ketika seseorang itu ingin menguap, sebaiknya tutuplah mulutnya dengan tangan kiri, kerana menguap itu adalah perbuatan yg buruk.

Allah suka Orang yang Bersin

Dari Abu Huarairah ra bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda.

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin”
 (HR Bukhari)

Bersin merupakan sesuatu yg disukai kerana boleh membuat tubuh menjadi sihat, rajin beribadah dan menghilangkan keinginan untuk makan berlebihan.
Ketika Bersin hendaklah merendahkan suara, menutup mulut dan wajah, tidak memalingkan kepala dan mengucapkan Alhamdulillah walaupun ketika solat.


post signature